marquee

Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran SMK Air Merah, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman

SEJARAH


LATAR BELAKANG


SMK Air Merah terletak di atas Lot 3287 seluas 3.44 hektar dalam Mukim Kulim. Koordinat kedudukan sekolah adalah X: 100.533780, Y:5.366920.

          SMK Air Merah mula beroperasi pada tanggal 2 Januari 2003 dengan tenaga pengajar sebanyak 19 orang dan bilangan murid seramai 311 orang. Murid ditempatkan di dalam 7 kelas tingkatan 1, 1 kelas tingkatan 2 dan 1 kelas tingkatan 3. Di samping itu, terdapat 3 kelas akademik khas tingkatan 1 yang terdiri daripada murid cemerlang UPSR.
Setelah 17 tahun beroperasi, seperti data pada 10 Julai 2024 murid kini adalah seramai 802 orang, 76 orang guru dan 12 orang staf sokongan. Kelas juga telah bertambah daripada 9 kelas semasa mula beroperasi kepada 38 kelas termasuk 6 kelas PPKI pada tahun 2024

Keluasan sekolah SMK Air Merah                                                         :   3.69 hektar
Jarak SMK Air Merah ke PPD Daerah Kulim Bandar Baharu          :   7 km
Jarak SMK Air Merah ke JPN Kedah                                                    :  115 km

BIODATA SEKOLAH
Nama Sekolah                             :         SMK Air Merah, 09000 Kulim, Kedah
Kod Sekolah                                :         KEA 5074
Daerah                                        :         Kulim Bandar Baharu
Status                                          :         Sekolah Kerajaan
Bil Guru PPKI                              :       9 orang  guru perempuan 1 orang guru lelaki
Bil Staf Sokongan (PPM)             :       3 orang 
Bil Enrolmen Murid PPKI              :    56 orang ( 41 Lelaki 15 Perempuan)
Bil Bilik Darjah Sedia Ada PPKI    :     6
Sesi                                              :         1 sesi
Lokasi                                          :         Bandar

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS

Cadangan pembukaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Air merah ini adalah pada Januari 2015, tetapi mula berkuatkuasa pada 1 September 2015 dengan kehadiran seorang guru yang ditugaskan untuk menguruskan tindakan dan prosedur yang diperlukan untuk membuka PPKI ini.  Pelajar PPKI sekolah ini akan diambil dari sekolah berdekatan  seperti SK Air Merah dan SK Sri Kulim.

Antara kategori murid-murid  khas  ini meliputi :

*    Sindrom Down                     
*    Hyperaktif                                   
*    Autisme                                 
*    Terencat Akal Ringan          
*    Perkembangan Lewat          
*    Kurang Upaya Fizikal           

          Pada 1 Oktober 2015, PPKI SMK Air Merah secara rasmi telah menerima 3 orang pelajar PPKI dari sekolah yang berdekatan. Dengan kehadiran seorang guru dan 3 orang pelajar, PPKI SMK Air Merah telah mula beroperasi dan proses Pegajaran dan pembelajaran PdPc telah dilaksana mengikut Sukatan yang telah ditetapkan oleh KPM. 

          Namun begitu, oleh kerana bilik yang sepatutnya dijadikan kelas PPKI belum diubahsuai dan dinaiktaraf, pelajar PPKI telah ditempatkan sementara di Bilik Disiplin Sekolah sepanjang tahun 2015. Pelajar yang sepatutnya diterima masuk ke PPKI SMK Air Merah juga terpaksa dihadkan berikutan masalah ruang kelas yang terhad.

          Pada Januari 2016, PPKI SMK Air Merah telah menerima seorang guru pendidikan khas dan juga hanya menerima 2 orang pelajar baru sahaja menjadikan jumlah terkini warga PPKI SMK Air Merah seramai 2 orang guru dan 5 orang pelajar. Jumlah kemasukan pelajar baru untuk sesi 2016 juga terpaksa dihadkan kerana untuk tahun 2016 ini, PPKI SMK Air Merah masih lagi menumpang di Bilik Disiplin Sekolah dengan ruang dan kemudahan yang sangat terhad. Segala perancangan aktiviti PPKI SMK Air Merah akan dilaksanakan seperti dirancang selaras dengan keperluan memenuhi Sukatan pelajaran yang telah ditetapkan KPM walaupun terdapat kekangan dari segi kos pembiayaannya. Pada tahun 2017, PPKI SMK Air Merah telah menerima penambahan murid seramai 11 orang menjadikan jumlah murid yang terkini adalah 16 orang.Kelas PPKI turut menerima seorang lagi guru dan juga seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menjadikan ruang kelas yang digunakan sekarang sangat padat dan tidak kondusif. Ruang bilik yang disediakan sebagai kelas rasmi turut diubahsuai dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa mengikut kemampuan guru sendiri namun masih terlalu banyak ruang dan alatan yang perlu ditambahbaik lagi untuk menyediakan ruang kelas yang lebih sesuai dan selamat untuk semua murid PPKI pada masa akan datang. Kini, pada tahun 2018, kelas PPKI telah beroperasi  di  kelas yang sebenar yang disediakan oleh pihak sekolah namun ruang ini masih tidak kondusif untuk semua murid dan guru PPKI kerana kelas PPKI telah menjadi 4 kelas berbanding 2 kelas sebelum ini, pertambahan murid juga meningkat sekali ganda menjadi 30 orang murid bagi sesi persekolahan 2018. PPKI SMK Air Merah turut menerima 2 orang lagi guru PPKI untuk menjalankan tugas di sini. Pertambahan ahli PPKI ini menjadikan ruang kelas ini kembali sesak dan padat. 
Kini pada tahun 2024, kelas PPKI semakin berkembang menjadi 6 kelas dan turut menerima tambahan 1 orang guru PPKI yang baru menjadikan jumlah guru yang terkini adalah seramai 10 orang termasuk seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn. Nadiah binti Abdul Majid dan juga 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). kelas ini kini telah lengkap ABMnya

PPKI SMK Air Merah kini menawarkan kursus Pembuatan Pastri bagi MBPK yang mengambil Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) bagi MBPK di tingkatan 2 dan 3. sehingga kini , seramai 4 orang bekas murid PPKI SMK Air Merah telah mendapat SKM Pembuatan Pastri di Kolej Komuniti Sungai Petani.